Wednesday, June 29, 2011

jalan2.

minggu lepas adalah minggu yang agak memenatkan..

Selasa : kena gerak pegi UTP..den sampai sana dah malam..disebabkan dah lama xjumpa member2, lepak2 la sampai pukul 4 pagi..nasib baik program esok tu start pukul 10..dapat gak tido secukupnya..

Rabu : den join training cara nak guna software untuk corrosion iaitu MultiCorp..software ni dekat UTP je ada lesen..tu sebab staf2 den ajak pegi UTP sebab nak blaja guna untuk projek dekat PCSB..kiranya 1 hari suntuk jugak la belajar benda tu..nasib baik software tu simple je..

Khamis : bergerak balik dari UTP ke KL semula..bajet xyah masuk ofis dah..sekali boss den suruh jugak masuk..so, terpaksa la masuk ofis pakai sport shoe..haru2..malam tu pulak, pegi Stadium Nasional Bukit Jalil..tengok skuad Olimpik lawan Lubnan..berbaloi pegi sebab menang..lagipun, first time den pergi Stadium Bukit Jalil tu..hehehe..

Jumaat : dapat last minit invitation pegi family day department den..boss den xdapat datang..so, die suruh ganti tempat die..event berlangsung di Dusun Eco Resort Bentong..best jugak la tempat ni..dalam hutan betul2..kalo nak pegi, kena masuk guna Highway Karak..disebabkan kedudukan yang memang ceruk, line telefon memang agak susah nak dapat..kena panjat tinggi2 sket baru dapat..air kat sini memang sejuk giler..air bukit..nak mandi pagi, agak sengsara la jugak..

Sabtu : aktiviti family day diteruskan..kalo malam sebelumnya, aktiviti indoor je..hari ni pulak,   kitorang main paintball pulak..mula2 den agak eksaited sebab dah lama den nak try game ni..tapi bila dah main, den kena tembak kat tangan..disebabkan dapat info last minit nak pegi family day, den xprepare baju yang betul..orang lain suma pakai lengan panjang..den pegi pakai baju lengan pendek..akibatnya, habis tangan den macam melecet sebab kena tembak..agak fobia di situ..sepatutnya, ada lagi aktiviti lain hari ni tapi disebabkan den nak kena balik Seremban lak, den pun terpaksa bergerak pulang lebih awal..Malam tu, den dengan semua ahli keluarga den makan ikan bakar dekat Bagan Lalang..style jugak tempat tu..sebenarnya, dah penah pegi dulu2..time form 2 kot tapi dah lama sangat..makan2 kali ni sebab adik den dapat result mantap untuk exam last sem..

Ahad : balik rumah dekat Batu Kikir..nice to be home..makan masakan mak..hehe..

Kesimpulan : dalam masa seminggu, den pegi Perak, Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan..puas hati..dapat jumpa member2, adik beradik & mak ayah..makan sedap..main paintball dengan staff2..nice :)

Friday, June 24, 2011

sukan.ketika.intern.

walaupun xberapa best tapi den rasa nak post jugak something minggu ni..den tak nak biar blog ni bersawang lama2..cita2 nak kumpul duit nuffnang banyak2 masih ada walau semangat semakin nipis =P

so, berbalik pada title post kali ni, den nak kongsi aktiviti sukan yang den join time intern ni..disebabkan waktu siang yang digunakan dengan sepenuhnya di tempat kerja, masa yang available untuk bersukan time malam je la..

sepanjang intern ni, den pernah main sekali je futsal..dengan budak2 utp..first time jugak la sebab before ni kat utp main dengan chemo2 je..rasa best jugak tapi sebab xterer main futsal, ditambah dengan player2 lain yang power, so, rasa xsesuai nak main futsal time intern ni..maybe kena tunggu balik utp kot..nak main dengan chemo2 sekalian..


gambar di atas pose ala2 sentap menyentap..kisah di sebalik gambar : Adi sentap dengan den sebab den emo time main badminton (HAHAHAHA fitnah je ni)..

makanya sukan seterusnya yang den main time intern ni adalah badminton..bagi den, badminton bagus jugak la untuk orang2 yang dah berkerja sebab xperlu nak ajak ramai2 orang untuk main..dah ada 4 orang pon dah boleh main..kalo nak main futsal, at least nak kena ada 10 orang..tu pun tak dikira ideal lagi..destinasi pilihan untuk main badminton adalah kat SMK La Salle & NVBA Seksyen 13..La Salle tu Cho yang bawak kitorang..yang NVBA tu pulak, brader2 ofis den yang perkenalkan kat den..setakat ni, konsisten jugak la kitorang main badminton at least seminggu sekali..penah je kitorang main 2 kali..time semangat bersukan membuak2..hahaha..


kredit sikit kepada Naquib sebab ajar den main golf..dah lama den simpan gambar nie ha..

sukan seterusnya yang menjadi pilihan adalah golf..den start main bila diajak oleh budak2 MCKK iaitu Ijat, Chipan & Naquib..first time main tu, guna set Akmal..so, haruslah Akmal ada  kan..so, kitorang berlima pon main kat Sunway Extreme Park Driving Range..pengalaman menarik bila first time pukul angin..HAHAHAHA..sebelum try main, den rasa senang je..den pikir sama je cam pukul bola hoki..sekali susah pulak nak kena..bila pukul angin tu, rasa tahap keaiban memang tinggi habis la..dah la sakit tangan, tambah aib lagi..memang terbaik la..tapi kan, bila dah boleh pukul banyak2 kali pastu kena pulak, rasa puas ati tak terhingga la..walaupun pakcik2 dengan brader2 sebelah dalam hati cakap "Noob giler budak ni"..



haaa..ni video special..takde kat tempat lain..huhu..ni sebelum beliau terer..skang dah power..thanks Gedong sebab jadi model..ahaks..


tengok gambar pon dah taw kan caption ape yang sesuai..

malam semalam den tengok match kat atas ni..nasib baik Malaysia menang..result 2-1..berbaloi den poie stadium..dapat jugak den rasmikan jersi Malaysia den tu..hehe..den pegi dengan Adi, Cho, Gedong & Akmal..disebabkan pengalaman pertama tengok match besar (sebelum ni pernah je den pergi stadium tengok N9 main), eksaited jugak la..tapi yang xbest, time nak keluar parking kereta..jammed macam haram..ni stadium xfull lagi..kalo match Kelantan Terengganu haritu, den xdapat bayangkan la camne teruk..isk2..btw, gambar2 kat stadium ada je tapi dalam phone Akmal & Adi..kena tunggu dorang upload..hehe..


ok..tu je update kali ni..till the next post, XOXO


p/s : lambat lagi den nak punya 2nd visit..dah bosan dah ni =_='



Tuesday, June 14, 2011

ikhlas.

Pernah satu masa, ketika akal masih lagi normal & sihat, aku bertanya pada seorang sahabat. Ada tak orang yang akan berkawan dengan aku jika aku tak ada kelebihan sedikit yang sang pencipta kurniakan pada aku. Si dia memberi jawapan yang aku boleh kategorikan sebagai jawapan ‘cliché’. Jawapan lepas diri. Ketika itu, apa yang terjadi sekarang belum wujud dalam bayangan. Aku tidak sedar bahawa satu-satu nama sahabat yang dia sebut, tiada pun nama dia. Sekarang, bila semua semakin jelas, baru aku perasan. Hati kembali bertanya. Ikhlaskah jawapan yang dia berikan sebelum ini? Ikhlaskah dia berkawan dengan aku? Kemudian, datang pula istilah ‘kalau’ dalam kepala aku. Kalau dia bagi jawapan yang betul2 jujur dahulu, nescaya aku akan mula mencari sahabat sebenar. Kalau dia benar2 ikhlas, nescaya aku akan mula mencari jalan untuk berubah. Tapi yang pasti, perkataan ‘kalau’ itu memang tak boleh memberi aku peluang untuk semua itu. Masalah yang satu lagi datang, hati aku tidak boleh lama membenci. Bila hati semakin tenang, aku mula bertanya kembali. Ikhlaskah aku berkawan dahulu? Ikhlaskah aku menolong dia dahulu? Ikhlaskah aku sebagai hamba di dunia ini? Persoalan yang jika aku fikirkan sampai ke sudah tak akan terjawab sebab si pemilik jawapan akan terus menyepi..

p/s : banyak lagi akan dikongsi..mungkin hati aku dah penat..kali ni, lebih baik aku belajar kehilangan dari aku terus terhenti tak bergerak..

Wednesday, June 1, 2011

cameron.highlands.trip.

last den update blog 11 mei
sekarang dah 1 jun
dah dekat 20 hari
so?? 
----------------------------------------------------------
ok..kali ni den nak cerita pasal trip ke Cameron Highlands ahad lepas 29/5/11..mula2 ingatkan dah xjadi sebab akak & abang ipar den pegi kenduri malam tu..balik lambat..tapi pagi tu, akak den cakap jadi gak..so, excited la sket..hehe..gerak dari umah akak den dalam kul 8 pagi..smpai dalam kul 12.30 tengah hari..kitorang xpegi banyak tempat sangat pon tapi xtvt2 wajib tu sempat la buat seperti petik strawberi..anak buah den excited sangat sampai buah2 yang muda pon die pegi petik..pastu, kitorang pegi gak usha ladang (betul ke?) kaktus dengan bunga tapi xbeli apa2 pun..memang sekadar usha je..sempat gak la den snap beberapa gambar..guna camera phone je sebab xde DSLR..dah puas lepak2 kat atas tu, kitorang pon start turun Cameron Highlands pukul 6 petang..










ok..tu je update den kali ni..see u guys soon :)

p/s : banyak lagi benda lain berlaku tapi nanti2 la den update..

masalah takkan selesai hanya dengan main falsafah~