Pernah satu masa, ketika akal masih lagi normal & sihat, aku bertanya pada seorang sahabat. Ada tak orang yang akan berkawan dengan aku jika aku tak ada kelebihan sedikit yang sang pencipta kurniakan pada aku. Si dia memberi jawapan yang aku boleh kategorikan sebagai jawapan ‘cliché’. Jawapan lepas diri. Ketika itu, apa yang terjadi sekarang belum wujud dalam bayangan. Aku tidak sedar bahawa satu-satu nama sahabat yang dia sebut, tiada pun nama dia. Sekarang, bila semua semakin jelas, baru aku perasan. Hati kembali bertanya. Ikhlaskah jawapan yang dia berikan sebelum ini? Ikhlaskah dia berkawan dengan aku? Kemudian, datang pula istilah ‘kalau’ dalam kepala aku. Kalau dia bagi jawapan yang betul2 jujur dahulu, nescaya aku akan mula mencari sahabat sebenar. Kalau dia benar2 ikhlas, nescaya aku akan mula mencari jalan untuk berubah. Tapi yang pasti, perkataan ‘kalau’ itu memang tak boleh memberi aku peluang untuk semua itu. Masalah yang satu lagi datang, hati aku tidak boleh lama membenci. Bila hati semakin tenang, aku mula bertanya kembali. Ikhlaskah aku berkawan dahulu? Ikhlaskah aku menolong dia dahulu? Ikhlaskah aku sebagai hamba di dunia ini? Persoalan yang jika aku fikirkan sampai ke sudah tak akan terjawab sebab si pemilik jawapan akan terus menyepi..
p/s : banyak lagi akan dikongsi..mungkin hati aku dah penat..kali ni, lebih baik aku belajar kehilangan dari aku terus terhenti tak bergerak..
No comments:
Post a Comment