Tuesday, December 27, 2011

perception.

malam ni den terpanggil untuk menulis..otak dah buntu dengan FYDP..xde gerak ape2 pon cuma fokus hilang..

jumaat baru2 ni den balik kampung..tumpang kawan sampai sungai buloh..dari sungai buloh, den naik ktm sampai senawang..dalam perjalanan ke senawang, dua kisah berlaku tapi pengajaran yang sama..

cerita bermula dengan kisah si lelaki berambut mohawk dan si lelaki pemakai kopiah..dorang duduk bersebelahan..satu kombinasi yang den rasakan pelik tapi normal la dalam train..asal ada tempat kosong, duduk je..normal untuk manusia (or at least for me), si lelaki berambut mohawk mesti orang yang jahat/nakal/xberakhlak mulia manakala si lelaki pemakai kopiah mesti orang yang baik/mulia/bersopan-santun..

kisah kedua bermula apabila ada satu keluarga melayu naik di KL sentral..ada ayah, emak, abang & adik laki..4 orang semuanya..mesti mak bapak bawak anak jalan2..cuti sekolah..kasi anak hilang stress belajar setahun..bila tengok famili naik train pegi KL, mesti ingat kurang mampu/xde kereta..itu pandangan normal (or at least for me again)..tambah2 bila tengok si abang dress up..pakai kemeja tapi dalam pakai t-shirt..kalo t-shirt round neck xpe jugak..ni siap ada collar..

si lelaki berambut mohawk tu tolong si lelaki pemakai kopiah tu angkat beg. siap senyum lagi.

si abang speaking english berabuk. si emak siap reti guna dslr.

biar bebas dari penghakiman manusia asal si hati tahu batas.


normal la manusia judge someone dari appearance. 


kalau x, x wujud la "don't judge a book but its cover".


senyum.



Wednesday, December 21, 2011

process.control.

why we need to improve a process? the main reason is to increase the quality of the output. but in a case where the quality of the output is decreasing with the improvement of the process, is it worth to stick with the decision? of course not. you will spend lot of cost for something that doesn't bring benefit. in a way, you have to take a u-turn and go back to the old method. there is nothing u lost when you try the new method. even the quality doesn't increase, at least you know what is the wrong method so you will not repeat it again in the future.

random.




Satu per satu teman
Ada disekeliling mu
Satu per satulah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku sahaja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa

Bulan madu yang indah
Sudah sampai kehujungnya
Engkau pun mula berubah
Dan beralih arah
Kata-kata manis
Tiada lagi ku dengar
Hidup ku pula makin tawar

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah... dari merana

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan mata mu

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah...
Dari merana

Sunday, December 18, 2011

chemo.futsal.2011


Tarikh : 16 Disember 2011
Tempat : Court Futsal V5 UTP


JOHNNY FC - CHAMPION!!!


SLAY_NGOR FC - 1ST RUNNER UP 


JUDAS FC - 2ND RUNNER UP


ROSBIRU FC - TEAM PALING BERSAHAJA


SEK KITO JANGE PECOH FC - TEAM PALING BERSATU


PAFANA FC - TEAM PALING BERPOTENSI TINGGI


ADESS FC - TEAM PALING GAGAH


DR MUHAIMIN FC - TEAM PALING PATRIOTIK


QURRA FC - CHAMPION!!!


SEXY MAMA FC - TEAM PALING SEXY


KITA SATU FC - TEAM PALING BERSTRATEGI


EL CLASICO V5B-L4-1

apa maksud disebalik PAFANA?

PyanAdibFaiqAriffNasriAkmal

walaupun sakit pinggang, puas hati jugak la dapat skor 4 gol..nais!

p/s : adegan injured tu bukan lakonan semata-mata tapi semangat yang kasi lupa sakit :)

hurts.


source : leilockheart

Friday, December 16, 2011

apresiasi.


source : leilockheart

Monday, December 12, 2011

hilang.

banyak yang den dah hilang..
hilang handphone..
hilang laptop..
hilang kasut..
hilang walkman..
 tapi akhir2 ini..
den hilang matlamat..

One who has lost all hope is dangerous to himself and society.

Thursday, November 17, 2011

patah.seribu.



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relaku
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
to someone i know, please be strong..you'll definitely can make it :)

Friday, October 28, 2011

years.from.now.


What will I be years from now 
What will I wear, how will I look 
I think too much, I think too much 

Sometimes it's scary over thinking 
What you have or haven't done 
You think too much, you think too much 

Will the rain smell the same 
Will our loosing treacherous game 
And the star much shine 
The colours seem so blurry 
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/a/aizat+amdan/years+from+now_20897047.html ] 
Will I end up all alone 
Without a shoulder to cry on 

What will I be years from now 
I have answered them but none have answered me 
And when my time has come 
I hope my last seconds in this life will have you 
Will have you 

Will the rain smell the same 
Will our loosing treacherous game 
And neglect most people who 
Seems so worthy

p/s : i think too much, you think too much. life should be simple. just go with the flow. appreciate everything.

Thursday, October 13, 2011

new.life.partner.

alhamdulillah
dah ada pc baru
kena jaga elok2 lepas ni
xnak tragedi berulang kembali


Wednesday, October 5, 2011

iPhone.4S.

akhirnya, setelah puas menunggu, keluar jugak iphone baru..banyak sangat spekulasi before official announcement..semua dok cakap, iPhone 5 nak keluar..last2 iPhone 4S je..tapi, still ada improvement yang menarik walaupun phone2 lain dah banyak guna teknologi tu last year..

iPhone 4S internal overhaul :
  • Dual-core Apple A5 chip (same with iPad 2)
  • Better still camera (8MP)
  • Video gets smoother (1080p)




kat atas ni, gambar2 yang dicapture menggunakan camera iPhone 4S..gambar2 ni still belum diusik bak kata website Apple la..gambar2 ni agak style sebab dah lebih kurang macam DSLR..xyah la nak compare dengan DSLR sebab ni memang camera phone..so, xley nak expect lebih la kan..


pasni, kena tunggu iOS5 pulak keluar..features dah lama keluar cuma kat market je belum available..kalau tak salah, 12 oktober kot..so, dalam dilema nak update ke x sebab jailbreak bakal hilang..bila dah xjailbreak, henfon akan jadi bosan tanpa apps2 menarik T_T






Monday, October 3, 2011

nanoblock.

Nanoblock is a micro-sized building block system with its smallest parts being a mere 4x4x5 mm. It is a stimulating hobby material for everyone but especially for grown-ups who wish to be absorbed in making projects in great detail. 

xdela addict mana tapi den teruja la kalau nampak benda2 macam ni dekat kedai..den first time jumpa kat Toys R Us KLCC..dekat MPH pun ada jual jugak..harga 1 model ni RM70..ada banyak lagi model..blok binatang pun ada gak..


 
Japanese building



Mini Taj Mahal



actually, susah jugak nak pasang nanoblock ni sebab size yang kecik..agak memenatkan mata la..nak kena belek betul2..kalau salah pasang, leceh jugak nak pasang balik..tapi apa2 pun, den suka benda ni sebab boleh hilang stress..tutup telinga dengan earphone, pasang lagu2 best pastu assemble benda ni..serius layan!

kalau buat benda ni sebagai hiasan kat meja pun nice jugak..kat umah den, kena simpan model2 ni tinggi kalau x, hancur dikerjakan dek anak buah den..kalau ada duit lebih, den nak try kumpul semua model tapi kena slow2 la..duit dah xbanyak macam time intern..hehe..



Thursday, September 22, 2011

qr.code.

tiba2 rasa eksaited pasal QR code..dah lama perasan benda alah ni kat kedai2 baju seperti adidas dan jugak kat poster2 event tapi almaklum lah, xde handphone canggih sebelum ni, so xtaw la apa function benda alah ni.. 

start jumpa balik benda ni time usha setting blogger.com..hajat dihati nak enable mobile web feature tapi jumpa benda ni sekali..dengan teruja, den pon download apps untuk scan QR code ni..bila dah berjaya scan code untuk blog den, jadi teruja semacam..tu yang rajin buat post ni..


ni la QR code untuk blog den orang nogori..


ni pulak QR code untuk chapoi ny blog..xyah nak kasi link la kan..korang scan sendiri je la..hehe..


yang ni pulak macam dah obvious sangat kan tapi tak salah kalau nak try jugak..weeee..

more details on QR code --> wiki

Wednesday, September 21, 2011

instagram.

untuk pengguna2 iphone/ipad/ipod, application ni sungguh best..korang boleh post gambar2 yang korang tangkap..pastu boleh tambah2 efek sikit tapi kalau yakin dengan hasil tangkapan, xpayah letak efek pon ok..hehe..application ni jugak boleh di 'link' dengan twitter, facebook, flickr, tumblr etc. so, member2 korang yang bukan pengguna iphone/ipad/ipod pon boleh usha hasil tangkapan korang (bajet tangkap ikan la pulak)..gambar2 kat bawah ni antara gambar2 yang ada dalam instagram den..semua gambar di capture menggunakan kamera iphone..not bad kan walaupun 3mp je..









gambar ekstra --> redang trip

so, kepada pengguna2 iphone/ipad/ipod yang belum download apps ni, silalah download sekarang..free je pun apps ni kat appstore..nanti da ada account, bagitau den..boleh den follow..

p/s : Olimpik Malaysia vs. Olimpik Jepun sekarang!

Monday, September 19, 2011

redang.trip.

Pulau Redang, Terengganu
12 - 15 Ogos 2011

Trip ni dirancang time pegi Broga lepas habis intern..Mula2, rasa macam plan bodoh2 tapi alhamdulillah, berjaya jugak walaupun salah sorang planner (Jepp) xdapat join..Alang2 dah pegi Terengganu, jalan2 la area Kuala Terengganu..tengok Masjid Kristal..pegi Teluk Ketapang..jalan raya sket..tengah mood raya lagikan..hehe..

ni la rupanya Masjid Kristal..1 benda yang kurang, maintenance cam kurang je..bersawang bagai..pastu finishing bangunan ni agak xsmart..kurang kemas..tapi den still bangga la..dapat gak tengok & masuk..den pasti ada je orang Terengganu xtengok lagi..hehe..

ni gambar kat Teluk Ketapang..lepak2 sini before gerak pegi Besut..tido umah Faiq..

hari pertama kat Pulau Redang..first time sampai serious kagum..pasir die putih je..air jernih..rasa macam air swimming pool..siap boleh nampak ikan..rasa teruja..

pagi hari akhir..dah rasa2 sedih nak balik tapi xde la sedih mana..duduk pulau ni kejap2 boleh la..lama2 sangat pon den xtahan..hehe..

haaaaa..ce teka sape ni? yang penting bukan den la..kurus sangat ni..

gambar2 lain banyak je lagi tapi bukan hakmilik den..nak tengok sila la usha di facebook ayap & faiq..

kesimpulannya, berbaloi den join redang trip ni..dapat banyak pengalaman best..macamana den menggelupur masa first time snorkeling..first snorkeling tu bazir macam tu je..den xdapat tengok ape2 pon dek kecuakan melampau..tapi yang seterusnya, alhamdulillah la..berjaya jugak la menikmati keindahan dasar laut..

p/s : den memang suka jalan2 tapi xde duit je =_='

Thursday, August 25, 2011

internship.the.finale.

"result internship kurang memberangsangkan..apa pun, alhamdulillah..kalau tak jatuh, nanti tak tahu macam mana nak bangun..(ayat penyedap hati..seriously, memang penyedap hati)"- 
status Facebook

lengkap 32 minggu den intern..satu tempoh yang cukup lama..kalau perempuan yang mengandung, dah nak bersalin dah..dah boleh dikatakan hampir matang la..jom recap balik saat2 internship den..

den masuk 6 december 2010..time tu den sorang je budak chemical dekat Dayabumi..tapi ada je budak UTP lain..Farhana (CV) dengan Fathi (BIS)..disebabkan Fathi budak junior & ofis die level lain, so kitorang xde la berhubung dengan die..hehehe..

awal2 masuk, agak susah den nak adapt dengan environment baru sebab tak pernah ada pengalaman bekerja sebelum ni..tambah2 bila xde orang yang sebaya dengan den..time ni, den xtau nak bahasakan diri den apa..setiap kali cakap, memang den xkan guna kata ganti nama..hahaha..

pastu, masuk sorang budak intern dari Australia, Afifi (Adelaide Uni)..fuhhhh..rasa lega bila ada budak sebaya dalam ofis..borak punya borak, rupanya die budak MRSM PC..so, senang gak la nak bercerita..banyak modal nak borak..lepas Afifi masuk, Abdullah Farhan a.k.a Chipan pulak masuk..kenapa die masuk lambat? tu kena tanya die sendiri..huhu..dah tengah2 intern, masuk pulak Faive & Oya..makin bertambah geng2 jenayah..makin galak la berjalan2 bila xde kerja..

menyentuh pasal kerja, awal2 tu ada jugak manager den tegur..nasib la tak ramai orang tapi still ada la jugak kan..memang malu + down habis..tapi den rasa memang salah den..den kurang proaktif sikit bab2 carik keje ni..tapi Alhamdulillah, lepas dah kena macam tu, baru den ada kesedaran sikit (sebenarnya rasa tercabar)..den pon ambil inisiatif pegi mintak keje kat orang lain..lepas tu, baru la den dapat join projek..so, xde la jadi sampah sangat..hehehe..


berbalik pada result internship, memang xde rezeki..bukan den xusaha tapi memang dah xde rezeki..tapi result ni agak dah jangka tapi masih berharap..hmmm..



Wednesday, August 3, 2011

yes.i.love.memory.

 Reunion 6 Arif SK Batu Kikir 2001
30 Julai 2011
SK Batu Kikir


ni gambar 10 tahun lepas..masing2 muka kebudak-budakan..haha..


ni gambar selepas 10 tahun (sekarang la kan)..walaupun xdapat gather semua tapi dah kira OK dah ni..


ni pulak gambar den time kat MRSM Serting..time form1..next week, ada program back to school..nak tengok masing2 lepas dah 7 tahun..hehe..konpem ada perubahan..

Wednesday, July 13, 2011

wordless.wednesday






Wednesday, June 29, 2011

jalan2.

minggu lepas adalah minggu yang agak memenatkan..

Selasa : kena gerak pegi UTP..den sampai sana dah malam..disebabkan dah lama xjumpa member2, lepak2 la sampai pukul 4 pagi..nasib baik program esok tu start pukul 10..dapat gak tido secukupnya..

Rabu : den join training cara nak guna software untuk corrosion iaitu MultiCorp..software ni dekat UTP je ada lesen..tu sebab staf2 den ajak pegi UTP sebab nak blaja guna untuk projek dekat PCSB..kiranya 1 hari suntuk jugak la belajar benda tu..nasib baik software tu simple je..

Khamis : bergerak balik dari UTP ke KL semula..bajet xyah masuk ofis dah..sekali boss den suruh jugak masuk..so, terpaksa la masuk ofis pakai sport shoe..haru2..malam tu pulak, pegi Stadium Nasional Bukit Jalil..tengok skuad Olimpik lawan Lubnan..berbaloi pegi sebab menang..lagipun, first time den pergi Stadium Bukit Jalil tu..hehehe..

Jumaat : dapat last minit invitation pegi family day department den..boss den xdapat datang..so, die suruh ganti tempat die..event berlangsung di Dusun Eco Resort Bentong..best jugak la tempat ni..dalam hutan betul2..kalo nak pegi, kena masuk guna Highway Karak..disebabkan kedudukan yang memang ceruk, line telefon memang agak susah nak dapat..kena panjat tinggi2 sket baru dapat..air kat sini memang sejuk giler..air bukit..nak mandi pagi, agak sengsara la jugak..

Sabtu : aktiviti family day diteruskan..kalo malam sebelumnya, aktiviti indoor je..hari ni pulak,   kitorang main paintball pulak..mula2 den agak eksaited sebab dah lama den nak try game ni..tapi bila dah main, den kena tembak kat tangan..disebabkan dapat info last minit nak pegi family day, den xprepare baju yang betul..orang lain suma pakai lengan panjang..den pegi pakai baju lengan pendek..akibatnya, habis tangan den macam melecet sebab kena tembak..agak fobia di situ..sepatutnya, ada lagi aktiviti lain hari ni tapi disebabkan den nak kena balik Seremban lak, den pun terpaksa bergerak pulang lebih awal..Malam tu, den dengan semua ahli keluarga den makan ikan bakar dekat Bagan Lalang..style jugak tempat tu..sebenarnya, dah penah pegi dulu2..time form 2 kot tapi dah lama sangat..makan2 kali ni sebab adik den dapat result mantap untuk exam last sem..

Ahad : balik rumah dekat Batu Kikir..nice to be home..makan masakan mak..hehe..

Kesimpulan : dalam masa seminggu, den pegi Perak, Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan..puas hati..dapat jumpa member2, adik beradik & mak ayah..makan sedap..main paintball dengan staff2..nice :)

Friday, June 24, 2011

sukan.ketika.intern.

walaupun xberapa best tapi den rasa nak post jugak something minggu ni..den tak nak biar blog ni bersawang lama2..cita2 nak kumpul duit nuffnang banyak2 masih ada walau semangat semakin nipis =P

so, berbalik pada title post kali ni, den nak kongsi aktiviti sukan yang den join time intern ni..disebabkan waktu siang yang digunakan dengan sepenuhnya di tempat kerja, masa yang available untuk bersukan time malam je la..

sepanjang intern ni, den pernah main sekali je futsal..dengan budak2 utp..first time jugak la sebab before ni kat utp main dengan chemo2 je..rasa best jugak tapi sebab xterer main futsal, ditambah dengan player2 lain yang power, so, rasa xsesuai nak main futsal time intern ni..maybe kena tunggu balik utp kot..nak main dengan chemo2 sekalian..


gambar di atas pose ala2 sentap menyentap..kisah di sebalik gambar : Adi sentap dengan den sebab den emo time main badminton (HAHAHAHA fitnah je ni)..

makanya sukan seterusnya yang den main time intern ni adalah badminton..bagi den, badminton bagus jugak la untuk orang2 yang dah berkerja sebab xperlu nak ajak ramai2 orang untuk main..dah ada 4 orang pon dah boleh main..kalo nak main futsal, at least nak kena ada 10 orang..tu pun tak dikira ideal lagi..destinasi pilihan untuk main badminton adalah kat SMK La Salle & NVBA Seksyen 13..La Salle tu Cho yang bawak kitorang..yang NVBA tu pulak, brader2 ofis den yang perkenalkan kat den..setakat ni, konsisten jugak la kitorang main badminton at least seminggu sekali..penah je kitorang main 2 kali..time semangat bersukan membuak2..hahaha..


kredit sikit kepada Naquib sebab ajar den main golf..dah lama den simpan gambar nie ha..

sukan seterusnya yang menjadi pilihan adalah golf..den start main bila diajak oleh budak2 MCKK iaitu Ijat, Chipan & Naquib..first time main tu, guna set Akmal..so, haruslah Akmal ada  kan..so, kitorang berlima pon main kat Sunway Extreme Park Driving Range..pengalaman menarik bila first time pukul angin..HAHAHAHA..sebelum try main, den rasa senang je..den pikir sama je cam pukul bola hoki..sekali susah pulak nak kena..bila pukul angin tu, rasa tahap keaiban memang tinggi habis la..dah la sakit tangan, tambah aib lagi..memang terbaik la..tapi kan, bila dah boleh pukul banyak2 kali pastu kena pulak, rasa puas ati tak terhingga la..walaupun pakcik2 dengan brader2 sebelah dalam hati cakap "Noob giler budak ni"..



haaa..ni video special..takde kat tempat lain..huhu..ni sebelum beliau terer..skang dah power..thanks Gedong sebab jadi model..ahaks..


tengok gambar pon dah taw kan caption ape yang sesuai..

malam semalam den tengok match kat atas ni..nasib baik Malaysia menang..result 2-1..berbaloi den poie stadium..dapat jugak den rasmikan jersi Malaysia den tu..hehe..den pegi dengan Adi, Cho, Gedong & Akmal..disebabkan pengalaman pertama tengok match besar (sebelum ni pernah je den pergi stadium tengok N9 main), eksaited jugak la..tapi yang xbest, time nak keluar parking kereta..jammed macam haram..ni stadium xfull lagi..kalo match Kelantan Terengganu haritu, den xdapat bayangkan la camne teruk..isk2..btw, gambar2 kat stadium ada je tapi dalam phone Akmal & Adi..kena tunggu dorang upload..hehe..


ok..tu je update kali ni..till the next post, XOXO


p/s : lambat lagi den nak punya 2nd visit..dah bosan dah ni =_='